Pada
sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri
Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang berbincang.
Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip,
rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini
menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah
mengenal teknologi robot.
Menteri
AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3
meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda
bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal
teknologi nuklear.
Menteri
Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan
tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.
(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)
Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..
Menteri
Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika)
Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah
mengenal teknologi WIRELESS....
No comments:
Post a Comment