Followers

laman utama

Ini Diriku

Ini Diriku

Wednesday, August 3, 2011

Untuk santapan rohani kita semua..Renungkanlah..



1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun

hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa
menjadi mainan orang.

5) Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan
dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila
masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi
dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak
ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras
dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang
lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang
selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.
Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam
di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan
perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan
keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan
menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung
sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu
kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda
lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau
pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan
manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua
untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata
terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas
rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang mampu menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua
akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis
kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita.
Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti
yang diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang
setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi
pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita
ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk
membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa
kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir
kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal
kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu
beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya
dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata
yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan
kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam
hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya
Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan
(Terhadap Dosa);
Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat
Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan
dibalas kejahatan,itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."

37)  "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan
perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan
kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah
menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya
mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :
kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau
emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu
satu masa yang ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat
dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan
sahabat yg telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda
yg diwarisi dari nenek moyang"


48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman
dan mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau  menjaganya maka ia akan
menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan
mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya
sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan
orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya
kita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi
kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada
apa yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjadi
terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai
yang tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57)  "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang
berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai
peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui
apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang
dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika
tidak melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa
melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam
apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."

~Semoga berguna kepada semua~

Panduan memberikan hadiah... apakah maksud tersirat di sebalik hadiah yang anda beri??




Setiap hadiah yang anda beri kepada kekasih/isteri/suami anda 
mempunyai maksud yang tersirat... 

JAM TANGAN
Tanda meningati setiap masa dan waktu.

CINCIN
Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG
Tanda mesra

RANTAI LEHER
Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG
Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT
Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN
Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG
Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI
Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR
Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU
Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA
Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKELAT
semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN
mengabadikan cinta

SEJADAH DAN ALQURAN
tandanya kekasihnya itu
menyayanginya dunia dan akhirat.

Pssssttt..heheheehehe... Satu lagi.... zaman sekarang....dah mula bagi


HANDPHONE...

tandanya.... kau jangan lari nak dari
aku!!!!.......aku kan cari kamu walau dimanapun... melainkan
kalau handphone tu ditutup


HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!


MASUK MEMINANG......tandanya dia serius dan betul-betul seriuss..!!!

Sekadar renungan bersama di pagi ini..



Selalu yg terjadi....
                                                     CINTA :
                                                     (sebelum kahwin)                
                                                     C=cubit kiri, kanan rasa.
                                                     I =impian indah ibarat syurga.
                                                     N =nikah impian utama.
                                                     T=taat setia membawa bahagia.
                                                     A=awal dan akhir bersama-sama

 (selepas kahwin)
 C=cuka yang dituang pada luka.
 I=iblis yang merosak minda.
 N =nafsu semata-mata.
 T=tuba yang dibalas semula.
 A= api dalam neraka.

                                              KASIH :
                                              (sebelum kahwin)
                                              K = kongsi semua suka duka.
                                              A = abang adik, ayang anja.
                                              S = sumpah janji di bibir sentiasa.
                                              I = istana bahagia dah dicipta.
                                             H = hatiku hatimu jua.
(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

                            SAYANG :
                            (sebelum kahwin)
                            S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
                            A = asal free mesti nak jumpa.
                            Y = you lap me, I lap you!
                            A = apa saja sanggup diduga.
                            N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
                            G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

 (selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.


                                      HATI :
                                      (sebelum kahwin)
                                       H = hanya dikau yang daku cinta.
                                       A = air paip pun manis macam gula.
                                       T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
                                       I = igauan indah tak terkira.

 (selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat


Macam mana??

Tetapi yang seharusnya ialah...

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suami pun tak cari ganti

~Sekadar perkongsian~
     3/8/2011-2.45am


kisah CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN ...




Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam
benda-benda abstrak:
ada CINTA, KEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya.
Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun
suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba
naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat
berusaha menyelamatkan diri.

CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai
perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu
air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang
mengayuh perahu.

"KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA. Lalu apa jawab KEKAYAAN,
"Aduh! Maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta
bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula
tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN cepat-cepat
mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam.

CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan
perahunya. "KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA. Namun apa yang terjadi,
KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak
mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke
pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama datanglah KECANTIKAN.

"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA. Lalu apa jawab
KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tak boleh membawamu ikut.
Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN. CINTA sedih
sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku,
mengapa semua orang melupakan aku.

Saat itu datanglah KESEDIHAN. Lalu CINTA berkata, "Oh, KESEDIHAN, bawalah aku
bersamamu", kata CINTA. Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang
sedih dan aku ingin sendirian saja...", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh
perahunya. CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan
menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan.
Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia
tanpa aku, tanpa CINTA?

Pada saat kritikal itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik
ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua yang
berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA
naik ke perahu itu, cepat sebelum air menenggelamkannya.

Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi
lagi. Pada saat itu barulah CINTA sedar, bahawa ia sama sekali tidak
mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera
menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya
orang tua itu.

"Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya
"Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman
yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran. "Sebab", kata
orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA
itu......"

CINTA VS SUKA




Di hadapan orang yang kita cinta

hati kita akan berdegup kencang
Tapi di depan orang yang kita suka

hati kita akan gembira



Di depan orang yang kita cinta

musim sentiasa berbunga-bunga
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja



Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,

kita akan kaku
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka

kita akan tersenyum



Di depan orang yang kita cinta

lidah kelu untuk berkata-kata
Di depan orang yang kita suka

lidah bebas berkata apa sahaja...



Di depan orang yang kita cinta

kita menjadi malu
Di depan orang yang kita suka

kita akan tunjukkan imej yang sebenar



Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta
Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka



Bila orang yang kita cinta menangis

kita akan turut menangis
Bila orang yang kita suka menangis

kita cuba akan  membuatkan dia gembira...




Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cintai

Tetapi, hakikatnya
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi




Kasih sayang-Mu Tuhan,

Itu yang kudambakan

Dengan rahmat-Mu,

Ampunilah dosaku

Cara menjawab telefon dengan betul...huhuhu..



               
Description: Sebenarnya cara menjawab telefon yang sering kita amalkan
adalah salah...dan kebanyakannya sama..terpikir kah anda untuk menjawab
dengan jawapan yang betul. Jadi di sini kita akan cuba untuk menukarkan
jawapannya (tak la kita  boring sangat kalu jadi operator kan...haaa nampak
permainanya..)

   
                                    Soalan: haloo, may i speak to ina please?
                                    Jawapan: maap.sini bukan balai polis.


   Soalan: haloo, siapa di sana?
   Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..


                                   Soalan: haloo, boleh saya bercakap dengan bapak awak?
                                   Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.


   Soalan: haloo,fboleh sambungkan ke nombor 323?
   Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanya boleh di campur.


                                  Soalan: haloo, mak ada rumah?
                                  Jawapan: mak takda rumah.bapak ada pasal rumah nie bapak yang beli.


   Soalan: haloo ina, buat ape tu?
   Jawapan: kan ke saya tengah bercakap dengan awak kat tepon ni..


                                 Soalan: boleh saya bercakap dengan siti?
                                 Jawapan: maaf.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
                                 perkhidmatannya... tirima kasih.


   Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
   Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

                                 
                                    Soalan: halloo......
                                    Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?


   Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
   Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.


                                     Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
                                     Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.


   Soalan: assalammualaikum...
   Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
   jawab)
+