Followers

laman utama

Ini Diriku

Ini Diriku

Saturday, February 25, 2012

Sabo jer la...part 2

     Sudah lama aku dah tak update blog nie..dalam 2 bulan ada rasanya,tapi hari nie rasa nak kembali terjebak untuk men-update selalu tapi bila tengok pada "status" pada dashboard yang view cuma berapa kerat jer.. tapi tak pe la.. janji matlamat diri sendiri tu tercapai.. kadang tertanya pulak?? apa matlamat wat blog nie?? jawapanya adalah untuk meluahkan perasaan... so hari nie aku nak cerita tentang tahap2x bodoh yang ada dalam dunia nie yang telah aku susun sepanjang 23 tahun 10 bulan aku bernafas dalam dunia nie untuk aku luahkan.. sebelum nie aku dah menyenaraikan 70 tahap bodoh yg ada iaitu tahap 1 adalah yg paling ringan dan 70 adalah yang paling kritikal, maka motif blog nie di update hari nie adalah untuk menyatakan hasil dapatan terkini iaitu tahap bodoh yang ke 71 yang baru di jumpai pada 25 Febuari 2012 ini. Tentu korang teruja nak tahu kan...hehehe

Al-Kisahnya

Kadang kita rasa macam eh tak kan la org nie bodoh sangat sampai macam tak boleh fikir ker?? oh aku wat benda nie salah sebenarnya.. tapi disebabkan menghuni tangga bodoh ditahap yang paling kritikal iaitu tangga ke 71 maka tindakan tersebut telah beliau lakukan...


Apa Yang beliau lakukan,Jeng3x...


Di pendekkan cerita hari nie aku mengidam sangat nak makan sate.. maka berkelana la aku ke gerai tepi jalan di kelumpang.. dalam pengalaman aku.. aku tahu ada 3 tuan yang berbeza yg jual sate dalam kawasan nie.. sebelum nie aku dah makan di dua tempat yg lain.. cuma untuk hari nie terdetik untuk makan di gerai yang belum pernah aku try lg.. dalam hati mana la nak pi tau sedap ka??



Melangkah Masuk Ke Kedai rasa lain macam


Entah kenapa bila masuk jer gerai nie rasa lain macam jer.. ada rasa macam tak kena jer.. bila di fikir.. ala perasaan aku jer kot... aku pun x endah jer perasaan tu.. masuk jer la.. bila duduk ambil order... datang la adik berjersi malaysia baju belang-belang kuning dan Hitam tu.. sejuk sikit.. sebab cantik walaupun hot kat team malaysia menang tipis jer dengan sabah semalam 1-0 jer.. off the topic jap.. hehehehe tapi tuu cuma duniawiiii jer... tapi bila di renung wajah budak yang ambil order nie mula terdetik... agaknya rangking number berapa yang boleh aku bg kat budak nie..

Ambil Order


waktu ambil order sudah terpancar rangking bahawa mamat nie bakal huni adalah dalam 60 dan keatas.. waktu ambil order pun... aayoyo.. malas la nak sembang.. sgt2x teruk...huhuhu... Dipendekan cerita aku hanya order minum dan makan cuma sate 15 cucuk dan nasi himpit Dua ringgit, usah ditanya kena perkataan diatas sengaja di gelapkan.. ada la kaitanya nanti kenapa ia digelapkan


Penantian satu penyiksaan


Melangkah masuk dalam pukul 8 malam..kini sudah menunjukkan jam 8.25 malam, namun sate yang dipesan masih belum kelihatan... aku cuba memandang dimeja kiri dan kanan.. eh tak de org makan sate pun...huhuhu tapi bila ingat balik.. alamak... air aku pun tak sampai lagi nie... aduh... parah nie... tapi tak lama lepas tu muncul la air..


Air pun Tiba


Sewaktu adik yang ambil order tu hantar air kepada aku.. aku tanya dia.. adik lambat lg ker sate nak sampai.. adik tu jawab... tgh bakar lagi tu.. dalam hati aku jawab... jap2x lg sampai la kot... taukeh satte tu pun nampak gigih jer membakar... dan sekali lagi aku mengushar meja2x disebelah... eh tak der org makan sate pun.. kenapa lambat sgt nie?? aduh..


Penantian berakhir


Dalam beberapa minit selepas air dihantar maka sampai la Sate yang diidam-idam tu.. cuma yang pelik.. Terdapat.. Bersambung