Followers

laman utama

Ini Diriku

Ini Diriku

Tuesday, August 2, 2011

100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman




1. Bersyukur apabila mendapat nikmat
2. Sabar apabila mendapat kesulitan
3. Tawakal apabila mempunyai rancangan / program
4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
8. Jangan kecil hati dengan kekayaan orang
9. Jangan hasad dan iri hati atas kejayaan orang
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan
11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu taksub akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur kerana kezaliman
14. Jangan goyah kerana fitnah
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
16. Jangan campuri harta yang halal dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta minta (peminta sedekah)
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa dosa yang besar
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah dan di masjid
25. Biasakan solat malam (tahadjud)
26. Perbanyak zikir dan doa kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan santuni fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah yang berlebih lebihan
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih lebihan
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah
33. Berlatihlah memusatkan fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila
kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi janji tersebut
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis / syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut pada kemiskinan
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala
41. Bersihkan harta dari hak hak orang lain (bayar zakat)
42. Berlakulah adil dalam segala urusan
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44. Bersihkan rumah dari patung patung berhala
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
46. Perbanyak silaturahim
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
48. Bicaralah secukupnya (yang penuh berhikmah)
49. Beristri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya (sampai seru / jodoh)
50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu sebaiknya
51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
52. Jauhkan diri dari penyakit penyakit batin
53. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
54. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan
55. Hormatilah kepada guru dan ulama
56. Sering sering berselawat kepada nabi
57. Cintai keluarga Nabi saw
58. Jangan terlalu banyak hutang
59. Jangan terlampau mudah berjanji
60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
61. Jauhkan diri dari perbuatan perbuatan yang tidak bermanfaat
62. Bergaullah dengan orang orang soleh
63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
66. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
67. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya
68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita
69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuai pilihan
70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan
71. Jangan melukai hati orang lain
72. Jangan membiasakan diri berkata dusta
73. Berlakulah adil walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
74. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab
75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
77. Jangan membuka aib orang lain
78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita
79. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang orang yang arif dan bijaksana
80. Sediakan waktu untuk merenung apa apa yang sudah dilakukan (muhasabah diri)
81. Jangan gusar kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya
82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara
83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
85. Berkatalah yang baik baik atau tidak berkata apa apa yang sia-sia
86. Hargai pemberian orang
87. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan
88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun mereka tidak pernah menyenangkanmu
89. Sediakan waktu untuk beriadah yang sesuai dengan norma norma agama dan kemampuan diri kita
90. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu
91. Ikutilah nasihat orang orang yang arif dan bijaksana
92. Berusaha untuk melupakan kesalahan orang dan berusaha untuk melupakan jasa kita
93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat         menyebabkan orang lain terhina
94. Jangan cepat percaya kepada berita tidak baik yang berkaitan dengan
teman kita sebelum diperiksa kebenarannya
95. Jangan menanguh pelaksanaan tugas dan kewajiban.
96. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
97. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri
98. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tantangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
99. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan
100. Elakkan kejayaanmu terjadi di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang