Followers

laman utama

Ini Diriku

Ini Diriku

Monday, October 26, 2009

Sejarah Hidup Aku Berdasarkan Terapi Adlerian..




(Fauzie-Putrajaya 2011)

Assalamualaikum,terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi membaca sejarah hidup saya. Secara keseluruhannya selama 21 tahun 6 bulan saya menikmati kehidupan yang mengembirakan dibumi Allah ini , walaupun ditimpa pelbagai ujian dan cabaran yang berat untuk saya tanggung sendiri,bagi saya ia merupakan proses membentuk sahsiah dan jati diri saya yang lebih kental di masa akan datang. Saya bersyukur dilahirkan didalam keluarga yang bahagia dan kehidupan yang sederhana. Bapa saya berkerja sebagai Pegawai Tadbir Kewangan di Sebuah Mahkamah di Daerah seberang Selatan,Pulau Pinang manakala ibu saya berkerja sebagai Juruteknik Di sebuah Jabatan Kerajaan Di Parit Buntar, Perak. Selain itu juga,Saya Memiliki seorang Abang dan seorang Kakak,disebabkan saya yang bongsu hubungan saya dengan kedua-dua mereka sangat rapat sekali.
 

Semasa diawal sekolah rendah saya tidak dapat menerima pelajaran di sana, sehingga saya terpaksa dimasukkan ke kelas pemulihan disebabkan gagal membaca walaupun sudah di darjah dua(1996). Sewaktu peperiksaan dijalankan saya mendapat tempat ke 39 daripada 40 orang pelajar,disini saya mula berasa sangat malu dan rendah diri kepada kawan-kawan saya, selain rasa bersalah kepada ibu yang sangat kecewa sehingga dia menitiskan air mata melihat keputusan peperiksaan saya. Selepas peristiwa itu,saya mula belajar bersungguh-sungguh untuk mengenal huruf dan seterusnya mampu membaca. Syukur Alhamdullilah sewaktu di darjah tiga saya mula boleh membaca dan kemudian dimasukkan dikelas bersama pelajar yang sederhana,ketika ini saya sedar bahawa saya bukanlah seorang pelajar yang pandai namun dorongan persekitaran telah mendorong saya untuk menjadi apa yang persekitaran saya mahukan.

Keluarga saya sangat mementingkan percapaian akedemik, bermula di darjah 4 mereka sudah memberikan kelas tambahan kepada saya. Emak saya menghantar saya kepada seorang Guru yang pakar di dalam Matematik, nama beliau adalah Cikgu Shahruddin dan murid-muridnya selesa memanggil beliau dengan panggilan”Sir”. Dihari pertama didalam kelas ,sir bertanyakan markah peperiksaan terkini saya untuk subjek Matematik,saya dengan tanpa segan silunya menjawab” saya dapat 27/80 markah, kertas 1 objektif 20/40 dan kertas 2 subjektif 7/40 sir” lantas itu sir menjadi marah kerana tidak sangka markah saya jauh dari pelajar lain yang telah belajar lebih awal daripada saya, reaksi langsung pada wajah sir membuatkan saya merasa takut dan berasa rendah diri, setelah sedar akan kelemahan diri saya mula belajar matematik dengan lebih tekun sekali sehinggalah mendapat “A “di dalam peperiksan UPSR.


Tahun 2001 merupakan tahun bersejarah bagi saya kerana tahun inilah merupakan pertama kali saya melangkah ke sekolah menenggah, saya ditempatkan di Kelas Anggerik iaitu kelas yang pertama daripada 7 kelas,kedudukan ini adalah berdasarkan daripada peperiksaan UPSR, namum semangatku menjadi luntur apabila ramai kawan-kawanku yang Berjaya masuk ke Sekolah berasrama penuh, dan tempat mereka didalam kelas saya diisi dengan pelajar yang rendah pencapaian akedemiknya dan rendah moral.
Sewaktu peperiksaan PMR saya mendapat pencapaian yang sederhana sahaja iaitu 3A,3B dan 2 C selepas peperiksaan PMR saya mula bekerja sebagai pembantu gerai makanan kepunyaan Abang saya.Ketika itu abang saya merupakan Lepasan Sijil Politeknik dalam Bidang kejuruteraan Awam dan abang saya masih menunggu tawaran untuk menyambung ke peringkat Diploma.
Semasa di tingkatan 4, saya mula malas untuk menerukan pelajaran, saya dimasukan didalam kelas aliran sains tulen iaitu melibatkan matapelajaran “Biologi”,saya mengganggap bahawa subjek Biologi sukar untuk dipelajari lantas membuatkan saya tidak memberikan “focus” ketika guru mengajar dan kebiasaanya saya akan tidur dibawa meja paling belakang di dalam Makmal Biologi pada setiap kali kelas Biologi. Pada suatu malam saya bermuhasabah diri memikirkan masa depan saya, dan saya berharap saya bakal diberikan jalan keluar dan saya bernasib baik kerana permohonan ke sekolah Teknik saya telah diterima dan saya ditawarkan Asrama, bagi saya suasana di Rumah saya sudah menjadi tidak selesa disebabkan banyak kerja perlu saya bantu untuk kerja-kerja di gerai makanan Abang saya, inilah menjadi Alasan untuk saya menerima tawaran ke sekolah berasrama.

Sewaktu di Tingkatan 4 saya mula bergaul dengan ramai orang yang sebelum ini belum pernah saya kenali, Paling jauh yang saya kenali adalah dari Sabah dan yang paling ramai saya kenali adalah dari Pulau pinang dan kedah. Di sekolah teknik saya mula menyedari akan kepentingan bermasyarakat, contoh yang paling adalah, sekiranya seseorang yang gagal bermasyarakat(bersosial) kelangsungan hidup (survival) mereka menjadi rendah dan kesan pada individu yang terbabit adalah mereka gagal meneruskan pengajian dan kembali ke sekolah asal.

Pada tahun 2005, saya membuat keputusan untuk meninggalkan asrama disebabkan masalah Pelajaran disebabkan sekolah tidak menitikberatkan aspek akedemik sebaliknya lebih menekankan aspek kemahiran walaupun saya sebenarnya berada dalam Aliran teknik dan bukan vakasional. Di Rumah walaupun sibuk dengan kerja-kerja di gerai ,saya lebih bijak membahagikan masa untuk belajar setelah terikut-ikut rentak kehidupan di asrama dahulu.Dalam masa yang sama saya juga aktif didalam Kokurikulum dengan melibatkan diri dalam pertubuhan Koperasi Sekolah sehinggalah saya diminta untuk membantu pihak sekolah didalam urusan pendaftaran Pelajar Junior. Dalam pemerhatian saya mendapati bahawa kemasukan ke sekolah teknik pada tahun ini jauh merosot daripada tahun sebelumnya iaitu sewaktu tahun saya mendaftarkan diri dimana daripada tahun sebelumnya hampir 400 pelajar berkurangan kepada tidak sampai 150 pelajar, daripada peristiwa ini saya melatakkan satu andaian bahawa permohonan bagi mereka yang lahir pada tahun 1989 adalah lebih mudah berbanding mereka yang lahir pada tahun 1988.

Didalam SPM, keputusan yang saya perolehi adalah kurang memberangsangkan iaitu Cuma satu A1 dan Satu B3 dan lain-lain keputusan Cuma lulus dan kepujian sahaja dan syukur tiada satu subjek pun yang kandas.Keputusan ini membuatkan saya menjadi gelisah kerana risau tidak dapat meneruskan Pengajian ke IPTA di peringkat Diploma. Apa yang saya risaukan menjadi kenyataan apabila permohonan saya ke IPTA, Politeknik,Metrikulasi dan Institut Perguruan Malaysia gagal. Setelah berbincang dengan keluarga mereka mensyorkan saya menerima tawaran ke Tingkatan 6 iaitu sesuatu yang saya tidak pernah tahu apa fungsinya sebelum ini.

Sewaktu di Tingkatan 6 bawah, saya belajar dengan serius setelah mendapat kesedaran berdasarkan keputusan tidak memberangsangkan di dalam SPM. Tanpa saya sedari kesungguhan saya mendapat perhatian guru-guru yang mengajar saya sehinggalah pada suatu hari saya di jemput menemui Kaunselor Sekolah “ Cikgu Azuan”. Didalam pertemuan itu ,kaunselor berkenalan dengan saya dan ditengah-tengah perbualan dia bertanyakan adakah saya berminat untuk mengikuti satu Kursus kepimpinan peringkat Negeri Perak yang bakal diadakan di Gerik Perak, dan saya menjawab “saya sangat berminat” namum kaunselor meletakan satu syarat iaitu saya perlu menbuat permohonan menjadi Pengawas Sekolah, ini merupakan kerana Sekolah itu mengalami kekurangan Pengawas lelaki yang sangat serius.

Di kem “Kepimpinan” itu merupakan titik penting dalam hidup saya, dimana bagi saya kem ini Berjaya memberikan kesedaran kepada saya selain dapat membina motivasi diri saya yang sebelum ini amat rendah sekali. Perubahan diri saya selepas 3 hari 2 malam di kem ini amat mengejutkan rakan-rakan saya kerana pendedahan yang diberikan betul-betul membuatkan saya insaf dan nekad untuk berubah. Peristiwa ini adalah pada bulan Ogos 2006,ketika ini keputusan kemasukkan ke Politeknik sesi Jan 2007 telah keluar,apabila saya menyemak,saya ditawarkan kursus “Sijil Kejuruteraan Awam” namum apabila melihat kesusahan abang saya untuk menyambung ke Peringkat Diploma menyebabkan saya menolak tawaran untuk menyabung Pengajian ke Politeknik selain rasa bertanggungjawab kepada Negara,Agama bangsa dan Kaum lelaki Khasnya.Hal ini kerana, sekiranya saya meninggalkan sekolah “Badan Pengawas” sekolah akan melantik “Perempuan” sebagai “Ketua Pengawas”,persoalanya dimana Guru lelaki dan Majoriti “Pelajar Lelaki” di sini ingin Meletakkan Muka mereka ,maka saya terpaksa berkorban demi kepentingan ramai.Berkaitan Tawaran ke Politeknik ,jika saya kaitkan andaian saya sewaktu di sekolah teknik dahulu bahawa ” Pemohonan bagi mereka yang lahir pada tahun 1989 adalah lebih mudah berbanding mereka yang lahir pada tahun 1988”. Andaian ini menjadi kenyataan apabila permohonan saya untuk ke Politeknik bagi sesi Jan 2008 berjaya bagi kursus “Diploma Kejuruteraan Awam”. Walaupun menggunakkan Keputusan Peperiksaan yang sama.

Keputusan saya untuk menyabungkan pengajian ke Politeknik telah mengejutkan ramai pihak, walaupun saya seseorang pelajar yang mempunyai potensi sewaktu “STPM” namum kesilapan saya memilih subjek “ Matematik” diperingkat ini adalah punca saya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma walaupun keputusan “STPM” belum diumumkan. Mengikut sejarah disekolah saya “Belum pernah ada pelajar lelaki melayu yang pernah lulus untuk subjek ini.Ketika keputusan peperiksaan dikeluarkan keputusan yang saya dapati adalah “Mengecewakan”.namum sekadar boleh tahan. Saya bernasib baik kerana saya telah lebih awal menebus kesilapan saya.

Didalam permohonan saya ke IPTA peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi pengambilan 2008/2009 keputusanya adalah mengecewakan.Lebih merunsingkan saya lagi adalah penerimaan saya bagi ilmu Sains dan Teknologi adalah kurang baik berbanding mereka yang “Segar SPM”.Hal ini saya percaya ada kaitan dengan “aliran sastera” yang saya lalui selama hampir Dua tahun,dan kemungkinan saya untuk gagal menamatkan Pengajian lebih awal mungkin menjadi lebih pasti,untuk mencari jalan keluar,Sekali lagi saya mengunakan andaian bahawa “mereka yang lahir pada tahun 1989 lebih mudah membuat permohonan ke IPTA berbanding mereka yang lahir pada 1988”.

Pada awal tahun 2009,saya telah mencuba untuk memohon ke IPTA sekali lagi,Hal ini saya rahsiakan dari pengetahuan ibu dan bapa .Saya telah merancang untuk menjawab soalan itu di SMK Ampang, Ipoh iaitu jaraknya 140km dari rumah saya kerana ingin menyembunyikan dari keluarga saya. Namun hal ini menjadi “Bocor” apabila Ujian ini ia laksanakan pada Hari lahir saya,untuk ke Ipoh pada waktu itu saya tidak ada alasan yang kukuh melainkan menceritakan hal yang sebenarnya. Sebab utama saya tidak mahu mereka tahu adalah kerana tidak mahu mereka kecewa sekiranya sekali lagi saya gagal.Setelah sebulan berlalu tibalah dihari pengumuman. Entah kenapa??? saya rasa tidak mahu untuk menyemak keputusan untuk panggilan “Temuduga bagi program Pendidikan”. Sehinggalah bapa saya menghubungi saya bertanyakan bagaimana keputusan ujian MEdsi yang saya duduki” saya menjawab ”tak mahu semak,takut kecewa “dan saya memintanya menyemak, setelah beberapa minit ayah saya menelefon saya semula. Dengan tenang saya bertanya”Bagaimana” dan dia memberitahu” Kantoi 24hb” tetapi dalam nada yang bergurau,seterusnya saya mengatakan bahawa saya dah bersedia untuk menerima hakikat bahawa sekali lagi saya gagal menjadi “Guru” namun saya menjadi keliru dengan kata-kata ayah saya mengenai 24hb, seterusnya saya bertanyakan“apa yang 24hb tu” tanpa disangka-sangka 24hb Mei 2009 merupakan tarikh yang akan saya kenang dalam hidup saya kerana hari itu saya di panggil untuk ditemuduga.
Namun setelah ditemuduga,dan keputusan ke IPTA sesi 2009/2010 dikeluarkan saya sekali lagi gagal, kenyataanini merupakan saat paling kecewa yang pernah saya alami dalam hidup ,saya merasaka seolah-olah saya putus tunang sehari sebelum perkahwinan.Dimana ramai rakan-rakan dan sahabat handai yang mengetahui saya telah menjalani temuduga untuk menjadi Bakal guru, namum hasilnya “Anda gagal ke IPTA”. Akibat terlalu kecewa saya enggan membuat rayuan kerana merasakan terlalu kecewa dengan situasi yang berat untuk saya tanggung sendiri.Namum pada suatu hari saya melihat kesungguhan ayah saya yang mahukan anaknya menjadi seorang “Guru” selepas kejadian itu saya terus menepis “ego” kekecewaan saya, dan terus membuat “rayuan” ke IPTA.

Pada 10 julai 2009, iaitu di hari keputusan rayuan di umumkan kebetulan pada hari Jumaat. Ketika solat jumaat sewaktu doa di antara dua Ktutbah Jumaat saya telah berdoa” Ya Allah kau letakkan lah aku pada jalan yang terbaik untuk diriku dan sekiranya hari ini aku gagal sekali lagi,hambamu ini pasrah Ya Allah dan sekiranya aku gagal kau tabahkan diriku ini untuk menerima takdirmu”, saya berbuat sedemikin kerana ustad saya menyatakan itulah waktu doa kita yang paling Allah makbulkan. Selepas pulang dari solat Jumaat saya balik dan membuka Komputer,namum saya menutup kembali Komputer dan keluar dari Rumah untuk mengurangkan sedikit “stess”,dan ketika diatas motosikal saya kembali berfikir “ Saya perlu menerima takdir ada hikmah disebaliknya” dan saya pulang ke rumah dan tekad untuk menyemak status pemohanan rayuan saya, alangkah terkejutnya saya apabila melihat skren monitor Komputer menyatakan ‘Tahniah anda Berjaya ke IPTA’ Cuma apa yang mengejutkan saya adalah program yang ditawarkan adalah “Pendidikan Bimbingan dan kaunseling”










KONSEP UTAMA TERAPI ADLERIAN


1. Fictional Finalism ( Ketentuan Yang Diada-adakan)
2. Berusaha ke Arah Superioti.
3. Perasaan Rendah Diri dan Pampasan.
4. Minat Untuk bermasyarakat.
5. Gaya Hidup.
6. Kendiri Kreatif.
7. Susunan Kelahiran(Gugusan keluarga)

bersambung..

5 comments:

Jebat_Derhakakah said...

ingat best ka!!!!

Jebat_Derhakakah said...

lepas siap akan ku edit lagi..mcm tak dramatik la..

iniblogiman said...

ala...pjg nyer,,,tercabar aku uit...hahaha

liyana saffie said...

panjang bt0i...haha tp menarik gk ah...hehe dramatik la..sapa kata x dramatik...(^_^)

Wan Matt said...

ayat berputar alam,,,,haha,,, percampuran ayat sekolah rendah, menengah dan universiti (kejam tak?kih3)