Followers

laman utama

Ini Diriku

Ini Diriku

Wednesday, October 26, 2011

Telatah seorang Nyonya




" Pada suatu hari, seorang Nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang ke
 KL untuk kali pertama selepas menang loteri. 
Beliau check-in disebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Nyonya Mei Lee. 

Nyonya Mei Lee dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Nyonya Mei Lee melihat ke sekeliling. 

Beliau tetiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.
Eksekius mi, lu jangan ingat wa tua, mali dari kampung, tatak 
(takde) tau duduk hotel.. sudah baya latut latut (ratus ratus), 
lu kasi ini bilik ka??!! kicik!! tatak tibi, tatak lemari tatak apa
pun??? katil mau titun (tidur) pun tatak????, haiyyaaa.. mau tipu
olang ka??!!" 





Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar Nyonya, ini baru lift, 
maaa...."" 




Pengajaran dari kisah ini: Kalau x tau tanya..jangan main sembuqqqq ja macam mesingun... hahahaha

Lawak:Suami,isteri, TNB dan dot...dot...dot....




something to share...........




Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang, period"


sudah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor dulu."


si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar2 pasti.


Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik"


Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."


Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"


Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan,Sekarang ni ekan 


zaman IT,


semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"


kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
"APAAA????
Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "


Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"


si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun
berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar dari situ..


Keesokkan harinya, selepas si mahphus ini di beritahu oleh isterinya,
dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan..


Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! 
bisness apa korang buat niii?? 
nak kena saman kerr???


Lalu pegawai yg datang kerumah si mahphus ni berdiri dan
mententeramkan keadaan. 
"sabar encik, sabar encik..
 apa susah, kalau cik nak settlekan
perkara ni, bayar je..." 
kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si
mahphus naik berang.


"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."


Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya..........."


si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu aku nak pakai
apaaaaaa???


Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..
ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA"


???????????????????.....................


~Sekian semoga terhibur~

Tulisan & Kita..!




Kenal peribadi melalui Graphology  (Kajian)
Grapho ertinya tulisan
Logy ertinya bidang  ilmu


Pertama : Tekanan


i. Tekanan yang  kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya  sehingga berbekas di
bahagian belakang kertas.
E Sihat, cergas, pantas dan  sedikit agresif


ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan  dan tidak berbekas.
E Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah  sakit


Kedua : Bentuk Tulisan


i. Tulisan yang  bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
E Emosional,  prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah  kanan (otak kreatif)


ii. Tulisan yang tajam-tajam atau  leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
E Rasional,  berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak
memakai otak di sebelah  kiri (otak logical)


Ketiga : Kecondongan


i. Condong ke  kanan
E Extrovert,  suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain,
peramah, suka campur  orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani,  pemurah


ii. Condong ke kiri
E Introvert, suka menyimpan rahsia, agak  pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan  negara tetapi tak suka campur orang


iii.  Tegak
E Systematic,  mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan
sebaliknya kawan cari  dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah


iv.  Campur-campur
E Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup  umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


Keempat :  Kerapatan


i.  Jarang-jarang
E Tak suka campur orang, kurang mesra dan  sedikit boros.


ii. Rapat-rapat
E Suka campur orang, amat bergantung kepada orang  lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada  huruf J, G, Y, Z


i. Ada  ekor
a) Besar,  panjang dan sempurna
E Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih &  penyayang, pemurah,
mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap  kerajinan


b) Kecil, pendek dan tak sempurna
E Tak pandai mempamerkan  emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan
kasih sayang walaupun sayang itu  banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T  (t)


i.  Tinggi
E Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
E Mudah berpuas hati,  cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
E Usaha dan tahap pencapaian itu di  tahap sederhana


Rumusan : -


Tulisan mencerminkan peribadi...
Kita  boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi
dan Personaliti kita  dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam
hidup...

Wanita Ciptaan Istimewa






1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak
sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki
ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya. 


2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia
baru memperolehinya dengan berkahwin. 


3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian
kemerdekaannya. 


4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan
sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur. 


5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita. 


6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah
ketika ia menerima anda sebagai suami. 


7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.


8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila
ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala- galanya. 


9. Wanita boleh memaafkan suatu kecurangan suaminya, tetapi dia tidak boleh melupakannya.


10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak
dan perilakunya. 


11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh
pertanyaan. 


12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kebebasanya.


13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam
kegelapan. 


14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa
yang menyebabkan dia menangis. 


15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.. 


16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman
yang termulia. 


17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.


18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin. 


19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang
mulia. 


20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk
hidup berbahagia. 


21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya. 


22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara
dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya. 


23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya
mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti. 


24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki
yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan. 


25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah
lidahnya. 


26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan
seorang suami. 


27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada
saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah
perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.


28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai
tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan
kepada suami. 


29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita
cantik yang menjadi saingannya. 


30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban
kehidupan suaminya. 


31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya
dan yang mencintainya.

Sekadar untuk renungan bagi menilai..tentang hati....





Hati


Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati. Hati aku.
Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih.... ianya bererti. Aku terlalu
menghargainya.
Oh ye ke... tapi maaf.

Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.
Cuma sebahagian saja...

Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku
takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga
dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti
barangan lain seperti duit, permata dan
sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada
keajaiban yang tersendiri.

Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia
betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan
malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya
bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya
kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana
naluri aku terlalu percayakan kau.

Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar
mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya
terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental
pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk
aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak
berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi
pada orang yang istimewa.


Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang
yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya
pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh
kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya
pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati
manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu
mistik!

Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu
terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada
kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin
pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...
sehingga hatinya pulih seperti sediakala.

Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. 
Ianya lahir atas satu kepercayaan. 
Dari situ, wujudlah kasih sayang.
Jika hilang rasa percaya itu,
maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.