Followers

laman utama

Ini Diriku

Ini Diriku

Thursday, October 27, 2011

"10 AMALAN YANG TERBALIK"



Marilah kita bermuhasabah  atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita 
tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang  terbalik:- 

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah  terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga  memasak makanan untuk keluarga simati untuk  meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang 
membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka  termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam? 

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik. 

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. 

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak. 

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? 

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. 

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa. 

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas. 

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."(Riwayat Bukhari) 

dari coretan sahabat

Assalamualaikum wbh. 

10 ADEGAN TAK LOGIK DALAM DRAMA TV TEMPATAN



  
Untuk renungan bersama... 



1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini. 
  
2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas. 
  
3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon. 
  
4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak. 
  
5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga.... 
  
6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" . 
  
7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik). 
  
8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!. 
  
9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja. 
  
10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem.... 

Maksud disebalik bunyi-bunyi Hon


1x HON PENDEK - pemandu tu
nak cakap “HAI”

2x HON PENDEK - pemandu tu
nak cakap “TERIMA KASIH” atau
“JUMPA LAGI”

3x HON PENDEK - pemandu tu
suruh kenderaan depan tu cepat
sikit (biasanya kat traffic light
time dah hijau tak reti-reti nak
jalan)

1x HON PANJANG - pemandu tu
beri amaran kereta lain bahawa
diorang memandu secara
merbahaya dan hampir
menyebabkan kemalangan

2x HON PANJANG - pemandu tu
marah “HOI!!!… BODOH XDER
OTAK
KE”

4X atau lebih HON PENDEK -
pemandu tu cakap ;
“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA,
TUKAR BARU.. TIIILAAAM!…
TIIILAAAAM!” hahahahha




Belajarlah Bersyukur



Received from someone ... really good ..... enjoy it ...


Assalamualaikum warahmatullah...


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi
bahawa tiada
Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku
bersaksi
bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya. Selawat berserta salam buat
Nabi Junjungan
Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan.
Juga buat
sekalian  muslimin & orang2 yang beramal soleh...


Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang  disiarkan
di channel
Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya  tak kenal tapi
pelakon
tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang  saya ingat sangat, ialah
di awal
cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu,
Micheal
kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.


Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di
belakangnya ada
seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal
buka
pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan
tergolek.
Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari
tangan.
Sampai je ke atas  jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi,
menyumpah
seranah la  dia.


Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam
keadaan
marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak
pernah
terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal  tadi  ada kuasa magik. Dia
mampu ulang
balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam
kereta
dan lelaki tadi masih  menunggang basikalnya.


Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar  dari
kereta.
Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal
terus
rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox.
Lelaki
tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya,
bekata "Some
people just don't know  what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa
yang patut
diminta).


Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga
selesai.
Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang  berbasikal tu.
Sesetengah
orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah  hampir kita semua
begitu? Dalam
filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu
keretanya)
tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia
pula yang
maut. Perasan tak?


Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya
berlaku dalam
kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara  yang macam2 seolah2
itulah
yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah  kita apa yang terbaik untuk
kita?
Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak
mengubah
kehidupan, kita kata. Tapi  kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk
kita?


Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau
berpenyakit. Tentunya
kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi  manusia yang sempurna atau
sekurang2nya
'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan
orang
yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk  mengembalikan masa
itu
supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga
selamat.
Kan?


Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik?
Adakah
Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi  sesetengah orang nikmat
manakala
setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha
Mengetahui?
Bukankah Allah itu Maha Bijaksana?  Jika begitu, mengapakah ada sesetengah
dari kita
yang bernasib malang  manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang
hidup
mereka?


Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).
Kadangkala
tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa  yang kita minta.
Ada orang
berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan  dia dari sihat jatuh sakit.
Dari
kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi hodoh. Bagaimana itu? Itu hanyalah
sebagai ujian
kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di
akhirat
kelak.


Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah
meletakkannya
ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan  keadaan saya baru2 ini.
Hidup dikelilingi
hutang lapuk. Pening kepala nak  bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana
yang tak
kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang
dia tiap2
hari berdoa  minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.


Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat,
Alhamdulillah.
Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya,  berdoalah semoga hutang
lapuk
saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum  Zuhur. Zuhur tu juga dia
telah tukar
doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya.
Doa
ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya.
Maha
Suci Allah...


Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah  yang
terbaik.
Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat
kebaikan yang
ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada
kejadian Allah?
'Grass is always greener on the  other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa
yang
ada pada orang lain itu  lebih baik dari apa yang kita miliki.


Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di  bawah.
Jangan
melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur.
Dan itulah
masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik.
Sentiasa
mahukan yang lebih banyak. Saya  sendiri mengalami perkara ini. Dan saya
percaya
ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan?


Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir
mencari
kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang  metal stamping.
Gaji RM400
sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah
tentu tidak.
Ketika itu saya hanya memiliki  sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah
sempena dia
dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat
gaji RM750
pun jadilah.


Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750.
Cukup? Tak
juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah
tunaikan
lagi. Bekerja pula di petrochemical plant.  Sebagai trainee, dapat la RM1500
sebulan.
Ya Allah... tak cukup juga. Sebab  masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya
fikir,
dapat RM2500 cukup la. Tapi  bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula.
Kesimpulannya
tak cukup juga!


Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar!  Sekarang,
ketika
kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3  kali ganda,
saya
tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang
saya katakan.
Saya selesa di sini. Kalau solat saya  panjang, bos tak pernah marah. Sedang
rakan2
saya di syarikat baru dibenarkan  solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.


Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah
beri. Sekiranya
diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah
perkuatkan iman
saya menghadapi dugaan mendatang. Yang  penting bagi saya, apa yang saya
perolehi
ini halal dan diberkati. Pesan Nabi  saw kepada Saiyidina Ali ra supaya
jangan mengira2
rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini
benar2
terkesan  dalam hati saya.


Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah  dunia
seperti
akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2.  Makin dikejar
makin ia
lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari.  Kerana akhirat itu
umpama matahari.
Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita.
Rezeki itu
hak Allah maka bermohonlah  kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada
rezeki
untuk kita tanpa ada izin dariNya.  Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji
RM1000
sebulan, nak bayar  ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik,
duit lampin
anak, duit  makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia
mengeluh. Di
tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia
nak  cari
kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan  dan
umur
pun dah makin lanjut.


Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk
besarlah kerak.
Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi,  mungkin dia pakai kereta.
Besar
mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Akhirnya
Allah tunaikan permintaannya. Tiba2  dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik
rumah
sampai tengah malam. Langsung  tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit
masa pagi
sebelum ke tempat  kerja.


Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia.
Bukankah ini
yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari  Ahad je dia dapat
rehat.
Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke  masjid pun hari Jumaat saja
sekarang
ni... Saya katakan padanya, kita tak  boleh dapat segala2nya. Dia nak duit,
Allah
bagi duit. Tapi dia hilang  kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah
permintaannya.
Bersyukurlah Allah  telah menunaikan...


Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya  pasti,
saudara2
semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat  saya nak
mengajar. Bukan
juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak  saudara2 sekalian terutamanya
diri
saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita  buru? Apa yang kita cari? Apa
yang kita
dapat? Berapa kali pernah kita  bersyukur dan berapa kali pernah kita
katakan cukup?


Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak  kita
bersyukur
ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita.
Yang penting
tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat
kita.
Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah
orang yang
sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong
adalah syirik
kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...


Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini  kami
lalai
dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga  Mu.
Cukupkanlah
kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan  yang tahu
bersyukur. Amin...
Ya Rabbal 'Alamin... Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup.....


Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk
adalah akibat
kebodohan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,


Wassalamualaikum warahmatullah


p/s-(bUkAn kaRyAku-seRkaDar peRkoNgsIaN) semoga sama2 kita mendapat manfaafnya.

7 pengalaman ganjil si pencuri kain kafan



SEJENAK - Something Good 2 Share 

7 perkara ganjil 

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan 
mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut 
berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya 
dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, 
"Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah 
melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut.
Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." 

1 " Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya 
menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada 
waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. 
Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. 
" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan 
Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t.
menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, 
bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut. 

2 Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah 
mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. 
Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat 
Wajah mereka telahpun bertukar menjadi b*bi. Mengapa begitu halnya, 
wahai tuan guru?" 
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah 
golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu 
hidupnya.Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali 
dihisab. Jika sempurna solat,maka sempurnalah amalan-amalan kita 
yanglain," 

3 Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang 
ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja.
Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat 
perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak 
daripada perutnya itu. " Mereka itulah golongan yang gemar memakan 
harta yang haram,wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi. 

4 " Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar 
menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu,
wahai tuan guru?"Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan 
manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.
Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang 
menderhakai ibubapanya."

5 " Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga 
membelit-belit seluruh tubuhnya ! dan keluar segala isi dari
tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah 
golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya 
mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur 
sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah 
bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 
hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli 
ibadah tersebut. 

6 " Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu
siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali 
semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi 
air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan 
harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi. 

7 " Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya 
sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa
demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. 
Jawab ahli ibadah tersebut. " Wahai pemuda, mereka itulah 
golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan 
ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan
dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun 

sesudah matinya."Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t
kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan
dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. 

Wallahua'lam.. 

Jenis Penyesalan




  
1.      Penyesalan 1 jam 
Salah naik Bas... (sesat entah Kemana) 


2.      Penyesalan 1 hari 
Salah masak. (nasi menjadi bubur...) 


3.      Penyesalan 1 minggu 
Salah makan. (Keracunan sampai masuk hospital) 


4.      Penyesalan 1 bulan 
Salah potong rambut. (Senget tak sama panjang) 


5.      Penyesalan 1 tahun 
Tidak naik kelas. (Malunya setahun woo!) 


6.      Penyesalan seumur hidup 
Salah kawin. (Ada komen? tak caya.. Cuba anda praktikkan!)