Followers

laman utama

Ini Diriku

Ini Diriku

Thursday, October 27, 2011

Belajarlah Bersyukur



Received from someone ... really good ..... enjoy it ...


Assalamualaikum warahmatullah...


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi
bahawa tiada
Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku
bersaksi
bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya. Selawat berserta salam buat
Nabi Junjungan
Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan.
Juga buat
sekalian  muslimin & orang2 yang beramal soleh...


Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang  disiarkan
di channel
Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya  tak kenal tapi
pelakon
tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang  saya ingat sangat, ialah
di awal
cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu,
Micheal
kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.


Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di
belakangnya ada
seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal
buka
pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan
tergolek.
Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari
tangan.
Sampai je ke atas  jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi,
menyumpah
seranah la  dia.


Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam
keadaan
marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak
pernah
terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal  tadi  ada kuasa magik. Dia
mampu ulang
balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam
kereta
dan lelaki tadi masih  menunggang basikalnya.


Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar  dari
kereta.
Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal
terus
rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox.
Lelaki
tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya,
bekata "Some
people just don't know  what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa
yang patut
diminta).


Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga
selesai.
Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang  berbasikal tu.
Sesetengah
orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah  hampir kita semua
begitu? Dalam
filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu
keretanya)
tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia
pula yang
maut. Perasan tak?


Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya
berlaku dalam
kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara  yang macam2 seolah2
itulah
yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah  kita apa yang terbaik untuk
kita?
Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak
mengubah
kehidupan, kita kata. Tapi  kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk
kita?


Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau
berpenyakit. Tentunya
kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi  manusia yang sempurna atau
sekurang2nya
'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan
orang
yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk  mengembalikan masa
itu
supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga
selamat.
Kan?


Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik?
Adakah
Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi  sesetengah orang nikmat
manakala
setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha
Mengetahui?
Bukankah Allah itu Maha Bijaksana?  Jika begitu, mengapakah ada sesetengah
dari kita
yang bernasib malang  manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang
hidup
mereka?


Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).
Kadangkala
tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa  yang kita minta.
Ada orang
berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan  dia dari sihat jatuh sakit.
Dari
kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi hodoh. Bagaimana itu? Itu hanyalah
sebagai ujian
kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di
akhirat
kelak.


Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah
meletakkannya
ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan  keadaan saya baru2 ini.
Hidup dikelilingi
hutang lapuk. Pening kepala nak  bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana
yang tak
kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang
dia tiap2
hari berdoa  minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.


Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat,
Alhamdulillah.
Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya,  berdoalah semoga hutang
lapuk
saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum  Zuhur. Zuhur tu juga dia
telah tukar
doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya.
Doa
ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya.
Maha
Suci Allah...


Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah  yang
terbaik.
Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat
kebaikan yang
ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada
kejadian Allah?
'Grass is always greener on the  other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa
yang
ada pada orang lain itu  lebih baik dari apa yang kita miliki.


Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di  bawah.
Jangan
melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur.
Dan itulah
masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik.
Sentiasa
mahukan yang lebih banyak. Saya  sendiri mengalami perkara ini. Dan saya
percaya
ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan?


Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir
mencari
kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang  metal stamping.
Gaji RM400
sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah
tentu tidak.
Ketika itu saya hanya memiliki  sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah
sempena dia
dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat
gaji RM750
pun jadilah.


Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750.
Cukup? Tak
juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah
tunaikan
lagi. Bekerja pula di petrochemical plant.  Sebagai trainee, dapat la RM1500
sebulan.
Ya Allah... tak cukup juga. Sebab  masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya
fikir,
dapat RM2500 cukup la. Tapi  bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula.
Kesimpulannya
tak cukup juga!


Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar!  Sekarang,
ketika
kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3  kali ganda,
saya
tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang
saya katakan.
Saya selesa di sini. Kalau solat saya  panjang, bos tak pernah marah. Sedang
rakan2
saya di syarikat baru dibenarkan  solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.


Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah
beri. Sekiranya
diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah
perkuatkan iman
saya menghadapi dugaan mendatang. Yang  penting bagi saya, apa yang saya
perolehi
ini halal dan diberkati. Pesan Nabi  saw kepada Saiyidina Ali ra supaya
jangan mengira2
rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini
benar2
terkesan  dalam hati saya.


Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah  dunia
seperti
akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2.  Makin dikejar
makin ia
lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari.  Kerana akhirat itu
umpama matahari.
Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita.
Rezeki itu
hak Allah maka bermohonlah  kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada
rezeki
untuk kita tanpa ada izin dariNya.  Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji
RM1000
sebulan, nak bayar  ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik,
duit lampin
anak, duit  makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia
mengeluh. Di
tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia
nak  cari
kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan  dan
umur
pun dah makin lanjut.


Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk
besarlah kerak.
Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi,  mungkin dia pakai kereta.
Besar
mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Akhirnya
Allah tunaikan permintaannya. Tiba2  dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik
rumah
sampai tengah malam. Langsung  tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit
masa pagi
sebelum ke tempat  kerja.


Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia.
Bukankah ini
yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari  Ahad je dia dapat
rehat.
Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke  masjid pun hari Jumaat saja
sekarang
ni... Saya katakan padanya, kita tak  boleh dapat segala2nya. Dia nak duit,
Allah
bagi duit. Tapi dia hilang  kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah
permintaannya.
Bersyukurlah Allah  telah menunaikan...


Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya  pasti,
saudara2
semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat  saya nak
mengajar. Bukan
juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak  saudara2 sekalian terutamanya
diri
saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita  buru? Apa yang kita cari? Apa
yang kita
dapat? Berapa kali pernah kita  bersyukur dan berapa kali pernah kita
katakan cukup?


Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak  kita
bersyukur
ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita.
Yang penting
tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat
kita.
Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah
orang yang
sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong
adalah syirik
kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...


Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini  kami
lalai
dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga  Mu.
Cukupkanlah
kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan  yang tahu
bersyukur. Amin...
Ya Rabbal 'Alamin... Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup.....


Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk
adalah akibat
kebodohan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,


Wassalamualaikum warahmatullah


p/s-(bUkAn kaRyAku-seRkaDar peRkoNgsIaN) semoga sama2 kita mendapat manfaafnya.

2 comments:

syamimiimtiaz.blogspot.com said...

dah baca sebelum ni..hehhe...
yer...saya bersyukur...ayat yang simple but need a good strength to do it...tenggsss....

wan adam said...

bez citer nie...
syukran abe jie...