Followers

laman utama

Ini Diriku

Ini Diriku

Tuesday, February 24, 2015

Siapa Lebih Hebat???

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang berbincang.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip
, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS....



Monday, September 17, 2012

Mengapa Utara Tidak Ditawan Portugis


Kisah di sebalik sejarah ..

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke AsiaTenggara (Melaka pusat perdagangan Asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 (anggaran) bala tentera.

1509: Portugis menghantar perisik keMelaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana.
Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah,Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat Dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara,mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalampertempuran selama 6 Hari itu dengan 5 Hang bersudara. Akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan berputus asa.
1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah Dan P.Pinang, yang ketikaitu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini.
Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera disana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.
Seminggu selepas itu..
FEB 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini Cuba disembunyikandalam buku sejarah
Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangatkah mereka itu..? ( dengan nadamarah Dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir Dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang!
Perisik 3: Betoi tu tuan. Antaranya: 

Hang sihat, hang buat apa, hang apak habar, hang lagu mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang Ada kat sana..
Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri, inikan pula nak berhadapan beribu-ribu hang kat situ.
Lagi….
Lagi…
Hang dok buat apa laei…

Thursday, April 12, 2012

Tiga golongan tidak masuk syurga

SAIDINA Abu Bakar As Siddiq meriwayatkan sebuah hadis bermaksud:"Tiga golongan tidak masuk syurga ialah PENIPU,BAKHIL DAN SUKA MENGUNGKIT-UNGKIT (PEMBERIANNYA)

 
  Golongan Pertama 
 ( penipu )

     Menipu perbuatan keji yang dibenci Islam kerana menipu boleh mengguris hati seseorang yang member kepercayaan kepadanya.Akibat perbuatan itu,orang lain yang jujur akan teraniaya kerana orang yang menjadi mangsa penipuan itu tidak akan percaya kepada orang yang jujur itu.
     Justeru,Islam menganjurkan urusan hutang piutang atau pinjam meminjam diadakan perjanjian bertulis dengan dua saksi atau mengambil cagaran bagi memastikan kepentingan orang yang memberi hutang terjamin

  Golongan Kedua
 ( Bakhil )

     Sesungguhnya harta yang dimiliki seseorang itu adalah amanah Allah dan mereka tidak boleh bersikap bakhil atau kedekut kerana bukan miliknya secara mutlak.
     Sikap kedekut dipandang keji oleh Islam kerana seseorang itu cuba menyekat aliran rezeki yang didatangkan Allah kerana ada ketikanya Allah memberi rezeki kepada seseorang melalui saku orang lain.
     Tetapi,disebabkan orang yang menjadi saluran rezeki itu bakhil maka tersekatlah rezeki orang lain.

 
  Golongan Ketiga     
( mengungkit Segala Kebaikan Dan Pemberian )

     
Firman Allah yang bermaksud,"Hai orang yang beriman,jangan kamu batalkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebut dan mengungkit-ungkit (perasaan si penerima) seperti orang yang menafkahkan
bertanya kerana riya' kepada manusia dan dia tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat" (surah al-Baqarah:264).
     
Mengungkit pemberian terhadap seseorang pasti akan menyinggung perasaan orang yang menerimanya.
Perbuatan itu mendatangkan kesan buruk terhadap diri sendiri dan orang yang diungkitnya.
     
 
Mengungkit pemberian bukan sekadar menghapus pahala sedekah tetapi berdosa kerana menyakiti hati orang lain.Sesungguhnya,ia bercanggah dengan seruan persaudaraan yang diwajibkan menjaga hati dan perasaan saudaranya.


Saturday, February 25, 2012

Sabo jer la...part 2

     Sudah lama aku dah tak update blog nie..dalam 2 bulan ada rasanya,tapi hari nie rasa nak kembali terjebak untuk men-update selalu tapi bila tengok pada "status" pada dashboard yang view cuma berapa kerat jer.. tapi tak pe la.. janji matlamat diri sendiri tu tercapai.. kadang tertanya pulak?? apa matlamat wat blog nie?? jawapanya adalah untuk meluahkan perasaan... so hari nie aku nak cerita tentang tahap2x bodoh yang ada dalam dunia nie yang telah aku susun sepanjang 23 tahun 10 bulan aku bernafas dalam dunia nie untuk aku luahkan.. sebelum nie aku dah menyenaraikan 70 tahap bodoh yg ada iaitu tahap 1 adalah yg paling ringan dan 70 adalah yang paling kritikal, maka motif blog nie di update hari nie adalah untuk menyatakan hasil dapatan terkini iaitu tahap bodoh yang ke 71 yang baru di jumpai pada 25 Febuari 2012 ini. Tentu korang teruja nak tahu kan...hehehe

Al-Kisahnya

Kadang kita rasa macam eh tak kan la org nie bodoh sangat sampai macam tak boleh fikir ker?? oh aku wat benda nie salah sebenarnya.. tapi disebabkan menghuni tangga bodoh ditahap yang paling kritikal iaitu tangga ke 71 maka tindakan tersebut telah beliau lakukan...


Apa Yang beliau lakukan,Jeng3x...


Di pendekkan cerita hari nie aku mengidam sangat nak makan sate.. maka berkelana la aku ke gerai tepi jalan di kelumpang.. dalam pengalaman aku.. aku tahu ada 3 tuan yang berbeza yg jual sate dalam kawasan nie.. sebelum nie aku dah makan di dua tempat yg lain.. cuma untuk hari nie terdetik untuk makan di gerai yang belum pernah aku try lg.. dalam hati mana la nak pi tau sedap ka??



Melangkah Masuk Ke Kedai rasa lain macam


Entah kenapa bila masuk jer gerai nie rasa lain macam jer.. ada rasa macam tak kena jer.. bila di fikir.. ala perasaan aku jer kot... aku pun x endah jer perasaan tu.. masuk jer la.. bila duduk ambil order... datang la adik berjersi malaysia baju belang-belang kuning dan Hitam tu.. sejuk sikit.. sebab cantik walaupun hot kat team malaysia menang tipis jer dengan sabah semalam 1-0 jer.. off the topic jap.. hehehehe tapi tuu cuma duniawiiii jer... tapi bila di renung wajah budak yang ambil order nie mula terdetik... agaknya rangking number berapa yang boleh aku bg kat budak nie..

Ambil Order


waktu ambil order sudah terpancar rangking bahawa mamat nie bakal huni adalah dalam 60 dan keatas.. waktu ambil order pun... aayoyo.. malas la nak sembang.. sgt2x teruk...huhuhu... Dipendekan cerita aku hanya order minum dan makan cuma sate 15 cucuk dan nasi himpit Dua ringgit, usah ditanya kena perkataan diatas sengaja di gelapkan.. ada la kaitanya nanti kenapa ia digelapkan


Penantian satu penyiksaan


Melangkah masuk dalam pukul 8 malam..kini sudah menunjukkan jam 8.25 malam, namun sate yang dipesan masih belum kelihatan... aku cuba memandang dimeja kiri dan kanan.. eh tak de org makan sate pun...huhuhu tapi bila ingat balik.. alamak... air aku pun tak sampai lagi nie... aduh... parah nie... tapi tak lama lepas tu muncul la air..


Air pun Tiba


Sewaktu adik yang ambil order tu hantar air kepada aku.. aku tanya dia.. adik lambat lg ker sate nak sampai.. adik tu jawab... tgh bakar lagi tu.. dalam hati aku jawab... jap2x lg sampai la kot... taukeh satte tu pun nampak gigih jer membakar... dan sekali lagi aku mengushar meja2x disebelah... eh tak der org makan sate pun.. kenapa lambat sgt nie?? aduh..


Penantian berakhir


Dalam beberapa minit selepas air dihantar maka sampai la Sate yang diidam-idam tu.. cuma yang pelik.. Terdapat.. Bersambung

Thursday, January 26, 2012

CERITA AYAM YANG MACHO




Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di 
Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam 
betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya 
sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).

Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa
suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor
ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu
nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak
tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki
menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi
percakapan seperti ini :

Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam
betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.

Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan
diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua
bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn
pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak
gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan
eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan
mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam
betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita
nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda
membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil
tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku
minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru
ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban
yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak
muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan. Kenapa?????

jawapan ada di bawah]

Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap
kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK
TUA AKU"

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,)
HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...

Friday, January 13, 2012

Buku ini bertajuk "HOW TO UNDERSTAND WOMEN"


Buku nie namanya "How to Understand Woman" berdasarkan pengalaman penulis memang susah nak faham sangat pompuan nie, ada jer agenda tersembuyi diorang nie..itu la ini lah..... sebagai contoh  bab siap.. ada la pernah bersembang dengan seorang yang sudah berkhawin.. Menurut responden.. kalau nak pergi mana-mana tu.. kita bagi dia mandi dulu.. lepas tu surah dia siap-siap apa yang patut, kita boleh mandi kan anak lagi.. siapkan anak, itu ini lepas tu kita mandi.. pakai baju.. start enjin keta tup tap tup tap bila tengok 'Beliau' belum siap lagi... nak berletiaqqq jap lagi bad mood plak.. petua yang bagus adalah sabo jer la..
apa-apa pun saya guna pakai ayat nie untuk pujuk diri bila berlaku konfik dengan pasangan(bajet macam dah kawen..hehehe) 


" Persamaan itu buat kita serasi.. Perbezaan itu buat kita saling lengkap melengkapi"...


p/s: Kenyataan diatas merupakan pendapat penulis tidak memihak mana-mana pertubuhan berdaftar mahupun tidak berdaftar dan mana-mana pihak berkepentingan yang lain...

hehehe ~Peace No War~


BMW lancarkan model kereta terkini jimat petrol & menjana kesabaran pemandunya


Kenapa Penulis mengatakan BMW lancarkan model baru?? cuba lihat apa yang kelihatan dalam bulatan merah tu?? Di nagara Arab model nie dah lama di lancarkan dan mendapat sambutan hangat dari pengguna-penguna disana..hahahaha.. bila tengok dengan body-kit dan rekaan dalamannya rasa tak sabar plak nak beli?? satu lagi penulis nak sentuh adalah manfaat dengan BMW model baru nie adalah ianya menjana kesabaran pemandunya. mana taknya... dari KL nak ke Kedah makan tahun baru nak sampai..hahaha

p/s: Post nie gurau2x jer.. jangan bangang sangat dok pi percayalah....