Followers

laman utama

Ini Diriku

Ini Diriku

Friday, March 18, 2011

Program motivasi paling best dalam hidup..


Kuala Kangsar: Biarpun saya melangkah ke program ini sebagai fasilitator bantuan,
namun hasil pengalaman setelah pulang  dari program ini benar-benar membuatkan
saya gembira kerana  hasil  pengalaman yang  saya  kutip dalam program ini benar-
benar bermanfaat untuk saya terus maju dalam dunia Pendidikan kini.

Pada  mulanya saya  beranggapan  sukar  untuk  mengawal  atau  menyesuaikan diri
dengan  suasana  ketika menguruskan pelajar  sekolah  aliran agama,namun setelah
melihat sendiri pelajar-pelajar Madrasah Idrisiah(Madid ) ternyata sangkaan saya
meleset sama sekali.


Merindui Adik-adik disana

Banana Ready!!! oh  masih  segar  diingatan angkara insan bernama 'Hanif 'yang
menjadi Penghulu  bagi   peserta -  peserta  disini ,  kehadiranya   benar -benar
mengidupkan suasana.Percaya atau tidak secara jujurnya trade mark pisang
ini telah  menjadikan penghubung keakraban antara fasilitator dan peserta.

Panjang umur  saya akan kesana lagi...

Sudah hampir 20 sekolah atau program motivasi yang telah saya lalui sepanajang
dua tahun  di Universiti ini namun impak program untuk kali ini kepada diri saya
berbeza sekali,entah di manakah istimewanya sukar untuk saya ceritakan namun
inilah yang dikatakan mahalnya pengalaman.

Sekian.
p/s menaip ketika mengantuk..hehehehe

No comments: