Followers

laman utama

Ini Diriku

Ini Diriku

Friday, January 13, 2012

Al-kisah Malam Jumaat



Malam Jumaat kan malam sunat bagi pasangan yg dah 
berkahwin.
Suami : Baby dah tido sayang?
Isteri : Belum lagi abang, lambat pulak baby kita ni nak lelap.
Suami : takpe awal lagi baru pukul 10.Abang mengaji dulu 
yea. 
A'uzubillahi minas-syaitanir-rajim'. Bismillahirrahmanirrahim.
Tiba-tiba,
Isteri : Abanggg. Baby dah tido.
Suami : SADAQALLAHUL 'AZIM.



Lawak:Kelas Sains






Kelas Sains..

Profesor: apakah simbol Kimia bagi barium


pelajar: BA


Profesor: Baik. Untuk natrium?


Pelajar: NA


Profesor: Sangat Baik. Apa yang akan kita


dapat jika 1 atom BA

& 2 atom NA digabungkan?


pelajar: BANANA prof!!!


Profesor: kepale hotak hang !!!!

Thursday, January 12, 2012

Al-kisah Bakar bin Suruh(Lawak)



Ada sorang budak nie nama dia Bakar bin Suruh
...
Pada satu hari...bapak si Bakar menyuruhnya untuk ke kedai, 


beli bawang...dalam perjalanan ke kedai... si Bakar nie 


ternampak ramai orang berkumpul kerana ada rumah yang 


terbakor...


Dia pun menyibuk...


Selepas itu pakcik polis yang berada di situ pun bertanya..

" Sapa bakar?? "


dengan selambe nyer Si Bakar pun jawab...


" Saya Bakar cik....kenapa? "


Pakcik polis tu pun bertanya lagi...


" Sapa suruh!? ''


Dia pun menjawab...



'' Bapak saya Suruh '


Spesis Singa Comel Yang Jarang Ditemui


Inilah Singa yang dimaksudkan.. bukan singa laut dan bukan singa barangan elektrik inilah singa yang si kacukan dengan kucing iaitu Singa+ Kucing = (Sincing) tak Sedap kan Bunyinya,, adjust sikit la... (Ku-nga),Pegggghhhhhhh sedap jugak bunyinya... hahahaha



Design Subang terkini dari kedai emas



Bila tengok gambar ini teringat plak post yang terdahulu dalam blog nie Panduan menberikan hadiah apakah maksud berkaitan jenis hadiah dan apa maksudnya..
Jika dirujuk kembali maksud pemberian subang adalah :

Tanda penghargaan dan penghormatan

tetapi... 

bila merujuk gambar diatas telah menambah maksud yang baru iaitu :
Tanda penghargaan,penghormatan,keselamatan dan langkah-langkah berjaga-jaga.. hahahaha

p/s:Semoga terhibur


Wednesday, November 2, 2011

Mengapa Lelaki Kahwin Lambat??



✈ Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai.


✈Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank.


✈Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.


✈Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.


✈Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.



✈Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.

✈Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.


✈Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.


✈Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.


✈Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'.


✈Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.


✈Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan.


✈Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.


✈Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000.




✈Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.


✈Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan.


✈Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.


Bertunang
✈Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju.
✈Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.
✈Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.

"Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!" Anda bersorak girang.
Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.
Anda : "Berape eh hantaran kahwin kita?"
Tunang : "Berapa-berapa yang you sanggup."
Anda : "RM 5000, okay?"
Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!"
Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda.
"Mana aku nak dapat duit lebih?"

Kerja Lebih Kuat
Oleh kerana anda terlalu sayangkan dia, anda bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan.
Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000 pada tahun tersebut.
Suatu pencapaian yang amat membanggakan!

Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :
"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"

Pengiraan pantas dijalankan :
1000 orang x RM 10 = RM10,000.
Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.
"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.
Anda 'slow talk' dengan mak anda :
"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"
"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."
"Tapi mak..?"
"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"

Akhirnya..
Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.
Tetapi, apakan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar 'interest' makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar.
Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.
Akhirnya? Bercerai..

apa puncanya ni??
ni mungkin disebabkan budaya tu sendiri yang x kena tempat dan boleh menyusahkan diri..


♥ Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana.Motif kahwin kan nak menjamu saudara-mara dan rakan-rakan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu diambil kira.

♥ Tak perlu nak membazir duit untuk perkara lain seperti pelamin.
Biasanya, pelamin yang biasa sahaja pun dah berharga RM 1500. Itu baru pelamin. Belum lagi hiasan ini dan hiasan itu.

♥ "Harga" seseorang wanita diukur dari tahap pendidikan beliau dan bukan diukur dari pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam.

♥ Apabila wang hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. Sedangkan akad nikah itu lebih penting dari wang hantaran.

♥ Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini ia telah menjadi beban.





sumber: iluvislam.com

♥ silalah share dan tag untuk manfaat bersama ♥

Friday, October 28, 2011

Persamaan Aneh 2 Presiden


John F. Kennedy




Abraham Lincoln

  1. Kedua-dua ini merupakan bekas presiden Amerika Syarikat.
  2. Abraham Lincoln masuk kongres pada tahun 1846,John F.Kennedy masuk kongres pada 1946.
  3. Abraham Lincoln Jadi presiden pada tahun 1860,John F.Kennedy jadi presiden pada tahun 1960.
  4. Keduanya sangat mengambil berat hak-hak sivil.
  5. Kedua isteri mereka kehilangan anak saat berada di Rumah Putih.
  6. Kedua-deua presiden ditembak pada hari Jumaat.
  7. Kedua-dua presiden ditembak di kepala.
  8. Setiausaha Lincoln bernama Kennedy.
  9. Setiausaha Kennedy bernama Lincoln.
  10. Keduanya dibunuh oleh orang dari daerah selatan.
  11. Keduanya digantikan oleh orang selatan bernama Johnson.
  12. Andrew Johnson menggantikan Lincoln,lahir pada tahun 1808.Lyndon Johnson pula menggantikan Kennedy lahir pada tahun 1908.
  13. Pembunuh upahan John Wilkes Booth dikatakan membunuh Lincoln dan lahir pada tahun 1839, sementara itu Lee Harvey Oswald yang membunuh Kennedy lahir pada tahun 1939.
  14. Kedua-dua pembunuh terkenal dengan tiga namanya.
  15. Nama keduanya terdiri dari 15 huruf.
  16. Lincoln ditembak di teater bernama 'Ford',Kennedy tertembak di kereta berjenama 1 'Lincoln' dibuat oleh 'Ford'.
  17. Lincoln ditembak di teater dan pembunuhnya bersembunyi di gudang,manakala Kennedy ditembak di gudang dan pembunuhnya bersembunyi di teater.
  18. Booth dan Oswald terbunuh sebelum diadili.
  19. Seminggu sebelum Lincoln ditembak,dia berada di Monroe,Maryland dan seminggu sebelum Kennedy ditembak,dia bersam Maryland Monroe.