Followers

laman utama

Ini Diriku

Ini Diriku

Wednesday, October 26, 2011

Tulisan & Kita..!




Kenal peribadi melalui Graphology  (Kajian)
Grapho ertinya tulisan
Logy ertinya bidang  ilmu


Pertama : Tekanan


i. Tekanan yang  kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya  sehingga berbekas di
bahagian belakang kertas.
E Sihat, cergas, pantas dan  sedikit agresif


ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan  dan tidak berbekas.
E Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah  sakit


Kedua : Bentuk Tulisan


i. Tulisan yang  bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
E Emosional,  prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah  kanan (otak kreatif)


ii. Tulisan yang tajam-tajam atau  leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
E Rasional,  berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak
memakai otak di sebelah  kiri (otak logical)


Ketiga : Kecondongan


i. Condong ke  kanan
E Extrovert,  suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain,
peramah, suka campur  orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani,  pemurah


ii. Condong ke kiri
E Introvert, suka menyimpan rahsia, agak  pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan  negara tetapi tak suka campur orang


iii.  Tegak
E Systematic,  mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan
sebaliknya kawan cari  dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah


iv.  Campur-campur
E Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup  umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


Keempat :  Kerapatan


i.  Jarang-jarang
E Tak suka campur orang, kurang mesra dan  sedikit boros.


ii. Rapat-rapat
E Suka campur orang, amat bergantung kepada orang  lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada  huruf J, G, Y, Z


i. Ada  ekor
a) Besar,  panjang dan sempurna
E Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih &  penyayang, pemurah,
mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap  kerajinan


b) Kecil, pendek dan tak sempurna
E Tak pandai mempamerkan  emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan
kasih sayang walaupun sayang itu  banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T  (t)


i.  Tinggi
E Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
E Mudah berpuas hati,  cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
E Usaha dan tahap pencapaian itu di  tahap sederhana


Rumusan : -


Tulisan mencerminkan peribadi...
Kita  boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi
dan Personaliti kita  dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam
hidup...

Wanita Ciptaan Istimewa






1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak
sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki
ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya. 


2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia
baru memperolehinya dengan berkahwin. 


3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian
kemerdekaannya. 


4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan
sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur. 


5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita. 


6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah
ketika ia menerima anda sebagai suami. 


7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.


8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila
ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala- galanya. 


9. Wanita boleh memaafkan suatu kecurangan suaminya, tetapi dia tidak boleh melupakannya.


10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak
dan perilakunya. 


11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh
pertanyaan. 


12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kebebasanya.


13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam
kegelapan. 


14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa
yang menyebabkan dia menangis. 


15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.. 


16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman
yang termulia. 


17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.


18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin. 


19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang
mulia. 


20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk
hidup berbahagia. 


21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya. 


22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara
dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya. 


23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya
mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti. 


24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki
yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan. 


25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah
lidahnya. 


26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan
seorang suami. 


27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada
saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah
perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.


28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai
tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan
kepada suami. 


29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita
cantik yang menjadi saingannya. 


30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban
kehidupan suaminya. 


31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya
dan yang mencintainya.

Sekadar untuk renungan bagi menilai..tentang hati....





Hati


Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati. Hati aku.
Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih.... ianya bererti. Aku terlalu
menghargainya.
Oh ye ke... tapi maaf.

Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.
Cuma sebahagian saja...

Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku
takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga
dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti
barangan lain seperti duit, permata dan
sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada
keajaiban yang tersendiri.

Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia
betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan
malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya
bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya
kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana
naluri aku terlalu percayakan kau.

Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar
mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya
terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental
pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk
aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak
berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi
pada orang yang istimewa.


Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang
yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya
pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh
kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya
pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati
manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu
mistik!

Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu
terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada
kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin
pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...
sehingga hatinya pulih seperti sediakala.

Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. 
Ianya lahir atas satu kepercayaan. 
Dari situ, wujudlah kasih sayang.
Jika hilang rasa percaya itu,
maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.

Thursday, October 20, 2011

JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta!: Harap dapat berkongsi dengan sahabat anda yang lain


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.



Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…

Saturday, September 24, 2011

Kasih ibu buatmu PERCUMA




Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

JASA, PENGORBANAN DAN KASIH IBU TIADA TANDINGAN....
BUAT MUHASABAH BERSAMA.... :)


kalau nak tengok video mengenai kasih ayah cuba klik link dibawah

Thursday, August 25, 2011

Lawak:Orang asli yang tidak pernah tengok cermin..



Sepasang suami isteri berketurunan orang asli telah tinggal di dalam hutan sejak mereka kecil lagi dan tidak pernah melihat dunia luar kerana tidak pernah keluar dari hutan tersebut. Si suami kerjanya pergi memburu atau pun memetik buah-buahan untuk dijadikan makanan harian manakala isterinya pula hanya tinggal dirumah bersama ibunya.
Pada suatu hari ketika suaminya sedang memburu seekor babi hutan, dia terjumpa satu benda yang tidak pernah dia lihat iaitu cermin. Dia berasa begitu hairan dan pelik lalu dia membawa cermin tersebut ke rumahnya dan menyimpannya di bilik belakang tanpa pengetahuan isterinya.
Setiap hari sebelum dia keluar berburu, dia akan masuk ke bilik belakang untuk melihat dahulu cermintersebut. Si isteri berasa pelik dan hairan dengan tabiat pelik suaminya itu. Lalu si isteri pun masuk ke bilik tersebut untuk menyiasat apa yang ada di dalam bilik tersebut kerana risau jika suaminya itu mempunyai perempuan simpanan tanpa pengetahuannya. Tiba-tiba si isteri terkejut apabila melihat cermin tersebut kerana sepanjang hidupnya dia tidak pernah melihat cermin.
Oleh kerana dia tidak tahu apa itu cermin, dia terkejut kerana menyangka bahawa perempuan yang ada di dalam cermin tersebut adalah perempuan simpanan suaminya. Lalu dia pun memberitahu kepada ibunya sambil menangis teresak-esak.
Ibunya berasa sangat marah dengan perbuatan menantunya itu dan terus masuk ke bilik tersebut untuk melihat perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya itu. Selang lima minit si ibu keluar sambil ketawa berbahak-bahak seolah-olah ada seuatu perkara yang lawak, kelakar dan lucu telah berlaku. Lalu berkata..
“Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain cari la perempuan yang elok sikit..cantik sikit… Ini tak..aku tengok perempuan kat bilik tu..dah la tua..kulit dah berkedut..hodoh pulak tu……

Sumber   : http://malay.uptomu.net/2011/08/lawak-orang-asli.html

“Tuhan ni wujud ke"??



Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.
Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.
“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.
Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.
“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.
“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.
“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.
“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.
Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.
“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.
“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.
“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.
“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.
“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.
“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.
“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.
“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.
“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.
Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.
“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”
“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.
“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.
Antara pengajaran penting:
Tuhan itu ada. DIA, yakni ALLAH adalah Tuhan Maha Esa. DIA lah tempat semua memohon pertolongan dan bergantung harap. ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan DIA tidak sama dengan mana-mana satu pun.
Patuhlah kepada perintah ALLAH dan jauhilah larangan ALLAH. Kerana padanya terdapat kesejahteraan dan kebaikan yang menyeluruh. “Aslim, taslam”. Ambillah ISLAM secara keseluruhannya, nescaya semua manusia dan makhluq yang menghuni bersama manusia akan selamat.
Peringatan:
Ini hanyalah perumpamaan untuk dibuka fikiran sahaja. Kisah sebegini baik untuk disampaikan untuk mengajak manusia berfikir dan merenung. Namun, perumpamaan ini tidaklah tepat dengan ALLAH. Kerana ALLAH itu adalah Tuhan yang tiada suatu pun yang sama denganNYA.
Semoga ada manfaat padanya, insyaALLAH.
WAllahu Ta`ala A`lam.

sumber: